Wednesday, December 9, 2009

KEMBARA KASIH-petikan dr BERITA HARIAN pada 10/12/.2009


MOHAMAD SYAZWAN menadah air yang dipam dari perigi dibina pelajar UTM di Kampung Chnnang, Kemboja, baru-baru ini.

Pelajar UTM beri sumbangan, laksana program kemasyarakatan di Kemboja

PELAJAR Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorbankan 13 ekor lembu sumbangan pelbagai pihak untuk diagihkan kepada masyarakat Islam di Kemboja sempena sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Pengarah program berkenaan, Mohamad Syazwan Padzir, berkata daging korban itu diberikan kepada kira-kira 250 keluarga muslim di Kampung Chnnang dan kawasan sekitar Siem Reap.

Selain itu, katanya, pihaknya juga menganjurkan majlis berkhatan membabitkan 137 kanak-kanak yang disempurnakan empat kakitangan perubatan Pusat Kesihatan Mahasiswa UTM.

Program dikenali sebagai Kembara Kasih anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Dr Ismail dianggotai 22 mahasiswa dan 11 kakitangan itu antara lain bertujuan berbakti dan menjalinkan hubungan persaudaraan dengan masyarakat Islam di Kemboja.

“Di samping itu, kami turut menyampaikan pakaian, al-Quran, telekung, beras dan makanan sumbangan orang ramai berjumlah RM50,000,” katanya.
ISMAIL (dua dari kiri) dan pelajar UTM bertanya sesuatu kepada penduduk selepas menyampaikan sumbangan di Kampung Chnnang

Mohamad Syazwan berkata, pihaknya juga berada seminggu lebih awal di kampung terbabit bagi membina masing-masing 10 perigi dan tandas.

“Kami juga menyerahkan tiga generator untuk membekalkan elektrik ke rumah penduduk di kampung terbabit.

“Kerja gotong-royong bersama penduduk turut diadakan, selain menganjurkan kelas Iqra membabitkan lebih 80 orang kanak-kanak dan mualaf yang dikendalikan pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTM.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kebajikan Kemboja, Ismail Osman, mengalu-alukan kedatangan mahasiswa UTM dan menghargai sumbangan yang diberikan.

Beliau yang juga penaung Persatuan Persaudaraan dan Pembangunan Islam Kemboja turut menjadikan kediamannya di Kampung Chnnang sebagai penginapan sementara pelajar universiti itu ketika melaksanakan program berkenaan.

Saturday, October 24, 2009

Resit daripada Kementrian Kebajikan Kemboja


Bukti penghantaran wang sumbangan ke Kemboja
Insya'Allah akan diserahkan lagi sumbagan berdasarkan jumlah kutipan yang diterima
pihak kami masih lagi menerima dan mengalu-alukan sumbagan daripada orang ramai

Wednesday, October 21, 2009

Penghargaan buat IKIM.fm


Kami selaku AJK PROGRAM KEMBARA KASIH 2009 (KEKASIH '09) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) kerana telah memberi peluang kepada kami untuk menyebarkan maklumat dan hebahan tentang program kami.

Slot yang diberi nama AGENDA UMMAH yang diperuntukan selama 30 minit oleh pihak IKIM ,kami telah gunakan sebaik yang mungkin untuk menyalurkan maklumat kepada pendengar-pendengar IKIM khususnya umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara-saudara kita di Kemboja.

Semoga dengan bantuan daripada saudara-saudara,dapatlah umat Islam di Kemboja merasai serba sedikit nikmat kehidupan di dunia ini. InsyaAllah.

Wang boleh disalurkan ke BANK CIMB ISLAMIC : KEMBARA KASIH 2009
NO AKAUN : 0116-0000253-10-3




Tuesday, October 20, 2009

PAMPLET KORBAN DAN SUMBANGAN 1

PAMPLET UNTUK KORBAN DAN SUMBANGAN

suasana tinjauan di kemboja

Alhamdulillah,kami selaku AJK KEMBARA KASIH 2009 (KEKASIH '09) mengucap syukur kerana telah selamat pergi ke kampung chnang,Kemboja. Disini kami ada melampirkan beberapa gambar buat anda semua renung dan lihat sendiri bagaimana keadaan sebenar umat Islam di Kemboja.

Ini antara salah satu perigi hasil daripada wakaf ayah kepada pensyarah kami.

Ini salah satu masjid yang berada di Kemboja.

Ini adalah salah sebuah rumah di Kemboja yang sempat kami lawati.

ANTARA AKTIVITI SUMBANGAN OLEH PIHAK KEKASIH '09 DI KEMBOJA


Sumbangan beras dan bahan-bahan memasak lain kepada penduduk di Kemboja.


ANTARA SUASANA KEHIDUPAN RAKYAT KEMBOJA SEMASA TINJAUAN PIHAK KEKASIH '09



KEADAAN DI PASAR


KENDERAAN YANG MENJADI PENGHUBUNG OLEH RAKYAT KEMBOJA
NAMANYA RAE-MOK



Saturday, September 12, 2009

Monday, June 15, 2009

Simpati Dihulur


Bantu Sahabat Seakidah Kita di Kemboja


Bersamalah kita membantu meringankan beban masyarakat Kemboja

Kempen Menderma:RM1 untuk Kemboja ke akaun Program Kembara Kasih'09
-Sumbangan atas nama KEMBARA KASIH 2009-
-BANK CIMB-(NO AKAUN:0116-0000253-10-3)